Info
intro

 

Peperangan Zaman Rasulullah

Rasulullah saw tidak akan memerangi sesuatu kaum kecuali apabila mereka menolak ajakan dan seruan untuk beriman kepada  Allah dan meninggalkan segala amalan nenek moyang mereka.

Abu dawud meriwayatkan bahawa Buraidah ra berkata, Sudah menjadi kebiasaan baginda akan berpesan kepada pasukan yang diutuskan maka baginda saw akan berpesan kepada mereka agar selalu bertakwa demi kepentingan kaum muslimin....Pesan Baginda adalah seperti berikut:
"Apabila kamu bertemu kaum musyrikin hendaklah kamu mengajak mereka untuk memilih salah satu dari 3 perkara. Jika mereka menerima salah satu dari 3 perkara, maka kamu tidak boleh memerangi mereka.
1) ajaklah mereka kedalam Islam, apabila mereka mahu menerimanya maka 
    jangan kamu perangi.
2) ajaklah mereka untuk berpindah ketempat kaum muslimindan katakan 
     bahawa  mereka harus melaksanakan kewajipan yang berlaku ditempat itu. 
     namun jika mereka memilih untuk tinggal ditempat mereka sendiri, katakan 
     kepada mereka bahawa mereka harus menerima hukum Allah keatas mereka 
     sepertimana yang berlaku kepada orang Islam. cuma mereka tidak akan 
     memperolehi harta rampasan perang jika mereka turut serta didalamnya 
     (berperang bersama orang Islam).
3)ajaklah mereka membayar jizyah apabil mereka mahu menerimanya maka 
    jangan diperangi mereka.
Namun apabila mereka menolak semua tawaran tersebut maka perangilah mereka. 
Hadis ini diriwayatkan dalam kitab Kanzul Ummal jilid 2 halaman 297.
 
 
Perang Badar

PEPERANGAN BADAR. 
Firman Allah swt didalam Al-Quran: 
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”. (Ali Imran:123) 

Perang Badar merupakan “purnama” dalam sejarah kemanusiaan yang menerangi jalan para penempuh jalan. 
Perang Badar merupakan “purnama” yang bersinar dilangit dan diraikan oleh para malaikat. Para malikat yang ikut serta dalam peperangan ini menjadi para malaikat yang palin utama. 
Perang Badar juga mereupakan “purnama” dibumi dan dikalangan penduduknya. Orang-orang yang ikut serta benar-benar menjadi purnama yang cahayanya menerangi seluruh isi kehidupan mereka. 
Perang Badar merupakan “purnama” yang menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Juga menjadi mahkota kebanggaan diatas setiap pahlawan yang ikut serta berjuang didalamnya, dan didalam masyarakat Islam tidak ada seorang pun yang dapat mengungguli keutamaan para mujahidin Badar. 

Artikel penuh

 
Perang Khandaq

PERANG KHANDAQ 
Perang Khandaq atau Perang Al-Ahzab telah berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Perang tersebut adalah kejadian penting sekali dalam sejarah Islam. Oleh kerana perang tersebut merupakan titik penentuan kelanjutan Agama Islam.dalam peperangan tersebut kaum Muslimin ditimpa dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang sangat hebat. 
Dalam Al-Quran digambarkan seperti berikut: 
Ertinya: "Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan yang hebat". (Al-Ahzab:10-11) 

Artikel penuh

 
Perang Khaibar

PERANG KHAIBAR.
Kemenangan dan Ghanimah (harta rampasan perang) yang diperolehi oleh kaum Muslimin pertama kali adalah didalam peperangan Khaibar. Sepertimana firman Allah Taala didalam Al-Quran: "Dan sesungguhnya Allah merasa senang terhadap orang-orang yang beriman, ketika mereka berbaiat kepada engkau (Muhammad) dibawah pohon kayu. Allah mengetahui isi hati mereka, diturunkannya kepada mereka ketenangan dan diberiNya kemenangan yang sudah dekat. Dan mereka memperolehi keuntungan yang banyak. dan Allah itu Maha kaya dan Maha bijaksana. 

khaibar adalah suatu daerah yang subur yang dikelilingi oleh benteng-benteng kaum Yahudi. Benteng tersebut merupakan benteng terakhir di Jazirah Arabiah. Kaum Yahudi sentiasa mencari kesempatan baik untuk memukul kaum Muslimin. Kerana mereka masih terkesan dengan kejadian yang dialami oleh saudara mereka. Mereka berusaha bergabung dengan suku  Ghaftan untuk mengadakan serangan terhadap kota Madinah. Sebenarnya Nabi ingin terlepas dari segala ancaman dan serangan kaum Yahudi yang masih tinggal disana. Khaibar berada disebelah Timur laut kota Madinah sejauh 70 mil.  


Artikel penuh

 
Perang Taif

PERANG THAIF
PELARIAN TSAQIF. 
Beberapa golongan yang berhasil melarikan diri dari perang Tsaqif menuju ke Thaif, di mana mereka membangun benteng, menutup kota Thaif dari semua penjuru, mereka kumpulkan segala macam keperluan dan bahan didalamnya yang cukup untuk masa satu tahun, lalu mereka bersiap untuk berperang lagi. 

Rasulullah saw bergerak menuju Thaif, berhenti dekat Thaif dengan pasukan beliau. Pasukan Rasulullah saw mencuba memasuki kota Thaif tetapi tidak sanggup kerana langsung mendapat serangan panah yang hebat dari penduduk Tsaqif. Mereka memang terkenal satu ahli panah dan berani. 

MENGEPUNG THAIF. 
Rasulullah saw memindahkan kedudukan pasukan beliau ke tempat lain, langsung mengepung Thaif selama 20 malam atau lebih dari serangan yang hebat. Anak panah kedua pasukan saling berdengung di udara menuju sasaran masing-masing. Buat pertama kali Rasulullah saw menggunakan alat manjanik (alat untuk melemparkan batu atau benda keras dalam perang) Petempuran semakin menghebat sehingga banyak diantara kaum Muslimin terbunuh kerana anak panah. 

Artikel penuh

 
 
Perang Mu'tah

PEPERANGAN MU'TAH.
Terbunuhnya utusan nabi 
Nabi mengutus seorang yang bernama El Harist bin Umair Al Azdi untuk menyampaikan surat beliau kepada Syurahbil bin Amru Al Ghasani. Penguasa kota Busra wakil kerajaan Romawi Timur. 
Utusan Nabi itu ditangkap dan digiring dalam dalam keadaan terikat kehadapanya. kemudian dibunuh. Padahal menurut kebiasaannya tidak boleh seorang utusan dibunuh di kalangan kaum raja dan pembesar, sekalipun permusuhan yang di bawa itu tidak disenangi. 
Kejadian semacam itu memang tidak boleh didiamkan, kerana  hal itu akan membahayakan bagi setiap utusan dan merupakan penghinaan terhadap orang yang mengutusnya. Perbuatan orang itu seharusnya diberi pengajaran secepatnya agar para utusan tidak terancam keselamatannya dan perbuatan itu pun tidak akan berulang sekali lagi. 

Artikel penuh

 
 
Perang Banu Quraidzah

PERANG BANU QURAIZAH. 
Disebutkan dalam Ash-Shahihain bahawa ketika Nabi saw kembali dari Khandaq, Jibrail mendatangi baginda lalu berkata: Apakah kamu sudah meletakkan senjata? Demi Allah, kami belum meletakkannya. Berangkatlah kepada mereka! 
Nabi saw bertanya:"Kemana?" 
Jawab Jibrail: "Para Malaikat masih belum meletakkan senjata mereka. Dan Allah swt menyurumu untuk meneruskan perjalanan ke tempat Yahudi Banu Quraizah dan aku juga akan menuju ketempat mereka dan akan ku gonjang mereka." 
Jawab Nabi sambil bereru kepada kaum Muslimin: "Barangsiapa yang mendengar dan mentaati, janganlah bersolat asar sebelum sampai ke Banu Quraizah". 

Artikel penuh