PEPERANGAN MU'TAH.
Terbunuhnya utusan nabi
Nabi mengutus seorang yang bernama El Harist
bin Umair Al Azdi untuk menyampaikan surat beliau kepada Syurahbil bin
Amru Al Ghasani. Penguasa kota Busra wakil kerajaan Romawi Timur.
Utusan Nabi itu ditangkap dan digiring dalam
dalam keadaan terikat kehadapanya. kemudian dibunuh. Padahal menurut kebiasaannya
tidak boleh seorang utusan dibunuh di kalangan kaum raja dan pembesar,
sekalipun permusuhan yang di bawa itu tidak disenangi.
Kejadian semacam itu memang tidak boleh didiamkan,
kerana hal itu akan membahayakan bagi setiap utusan dan merupakan
penghinaan terhadap orang yang mengutusnya. Perbuatan orang itu seharusnya
diberi pengajaran secepatnya agar para utusan tidak terancam keselamatannya
dan perbuatan itu pun tidak akan berulang sekali lagi.
Tentera Islam Yang Pertama Kali Dikirim Ke Romawi
Ketika Nabi mendengar berita perlakuan penguasa
Busrah beliau mempersiapkan untuk pengiriman tentera Islam ke sana
pada bulan Jamadil Awal tahun kelapan hijrah.
Kaum Muslimin bersiap-siap untuk ikut serta dalam
pasukan Islam yang akan dikirim ke Busrah. Jumlah tentera Islam yang ikut
keluar pada waktu itu ada ribu orang. Sebagai pimpinan Nabi menunjuk Zaid
bin Harithsah bekas budak Nabi. dalam pasukan Islam yang dikirim oleh Nabi
itu bergabung beberapa sahabat terkemuka kaum Muhajirin dan Ansyar. Nabi
berpesan kepada mereka:"Jika Zaid bin Harithsah terbunuh sebagai gantinya
adalah Ja`far bin Taib dan jika Ja`far terbunuh sebagai gantinya adalah
Abdullah bin Rawahah".
Waktu pemberangkatan pasukan Islam itu tiba,
kaum Muslimin melepas keberangkatan mereka dan mereka memberikan ucapan
selamat tinggal.dan mereka akan menghadapi pasukan kerajaan yang terbesar
dan yang terkuat di masa itu.
Pasukan itu meneruskan perjalanannya mereka tiba
disatu tempat yang bernama Ma`an. Kaum Muslimin mendengar bahawa kaisar
Heraklius bersama tenteranya sebesar seratus ribu orang sedang berada di
Balqa`. Pasukan Heraklius ini dibantu oleh beberapa suku Kabilah Arab termasuk
suku Banu Lahkmin, Juzam, Balqain, Bahran, dan Banu Bala. Pasukan Islam
tetap berada di Ma`an selama dua malam untuk bermesyuarat. Dalam permesyuaratan
itu disepakati untuk menulis surat kepada Rasulullah untuk memberitahu
besarnya jumlah pasukan musuh untuk meminta pertimbangan apakah Nabi akan
mengirim bantuan atau memberi pertimbangan yang lain.
Berperang Tidak TergantungbPada Kekuatan Dan Banyaknya
Pasukan
Abdullah bin rawahah berpidato memberi semangat
pada pasukannya:"Hai kaumku! Demi Allah sesungguhnya apa yang kamu benci
yang kamu keluar untuk mendapatkan syahadah.janganlah kita memerangi manusia
dengan melihat jumlah tentera dan besarnya kekuatan. tetapi kita berperang
hanya dengan agama ini, yang dengannya kita diberi kemuliaan oleh Allah.
Keran itu teruskanlah niat kalian pasti kalian akan mendapat salah satu
dari dua. Yaitu kemenangan ataupun mati syahid".
Atas anjuran Abdullah bin Rawahah ini maka kaum
Muslimin meneruskan perjuangan ke medan perjuangan.
Kaum Muslimin Berjuang Bermati-matian
Ketika pasukan Islam menuju ke Balqa` mereka
bertemu dengan sejumlah orang Arab dan Orang Romawi di salah satu perkampungan
Balqa` yang bernama Masyarif. Pasukan musuh itu berusha mendekat namun
pasukan Islam menuju suatu tempat yang bernama Mu`tah. di tempat inilah
kedua-dua pasukan ini bertempur bermati-matian.
Zaid bin Harithsah berjuang mati-matian dengan
membawa bendera Rasulullah sampai beliau gugur sebagai syahid. Belaiu diserang
musuh dengan tombak dan panah dari segala penjuru. Sebelum Bendera itu
gugur ke tanah Ja`far berhasil merebutnya dari tangan Zaid yang tersungkur
kebawah. Ja`far terus menagdakan serangan yang bertubi-tubi dengan bendera
Islam tetap ditanganya. Kemudian belaiu meninggalkan kudanya yang terluka
dan belaiu maju kehadapan sehingga tangan kanannya terputus. Denagn cepat
bendera Islam itu di rebut oleh tangan kirinya. Ketika tangan kirinya terputus
beliau mendakapi bendera Islam itu dengan kedua tangannya yang masih tersisa.
Beliau terus maju sampai akhirnya beliau gugur sebagai syahid. Pada jenazah
beliau ditemui tiga puluh tiga anak panah. Didadanya terdapat iaitu diantara
dua tulang bahunya terdapat sembilan puluh luka bekas pukulan pedang, tombak,
dan anak panah. Beliau meniggal sebagai syuhada` yang terus menuju ke syurga.
Setelah Ja`far terbunuh bendera Islam direbut
oleh Abdullah bin Rawahah, dengan semangat yang bernyala-nyala beliau terus
maju kehadapan. Ketika beliau turun dari kudanya beliau bertemu dengan
sepupunya yang memberi sekerat tulang yang ada dagingnya. Sepupunya berkata:"kuatkan
tulang punggungmu dengan daging ini, kerana kulihat kamu sangat payah selama
beberapa hari ini". Daging itu dimakannya sedikit kemudian segera dibuang
dan beliau terus berjuang sehingga gugur sebagai syahid.
Khalid Seorang Pemimpin Yang Bijaksana
Setelah gugurnyan pahlawan Islam yang tersebut
diatas, kaum Muslimin bersepakat untuk menyerahkan pimpinan kepada Khalid
bin Walid. Bendera Islam itu kemudiannya dipegang oleh Khalid. Kemudian
Khalid mengadakan peperangan dengan sengit sekali.
Khalid adalah seorang yang berpengalaman dalam
mengatur taktik perang. Ketika beliau melihat besarnya jumlah pasukan musuh
yang berlipat ganda itu, beliau mengajak pasukannya mundur ke selatan,
sedangkan musuh mundur ke utara.
Ketika malam tiba, kedua-dua pasukan masing-masing
menjauh dari lawannya. Kedua pihak lebih mengutamakan keselamatan daripada
meneruskan peperangan yang akan membawa kebinasaan.
Di pagi harinya Khalid menugaskan sebahagian
pasukannya yang berada di garis belakang untuk mengadakan pergaduhan sebagai
taktik seolah-olah kaum Muslimin mendapat bala bantuan dari Madinah. taktik
yang diatur oleh Khalid ternyata berhasil. mereka jadi takut terhadap kaum
muslimin sehingga sebahagiannya ada yang berkata:"Jika jumlah tentera sebesar
tiga ribu orang saja sudah cukup untuk membuat kita seperti yang kita ketahui.
Apalagi jika mereka mendapat bantuan yang tidak diketahui besar jumlah
dan kekuatannya.
Selanjutnya pasukan Romawi terus berusaha mundur
dan tidak meneruskan peperangan. Dengan ini peperangan pun berakhir.
Nabi Mendapat Khabar Dari Allah Jalan Peperangan
Ketika kaum Muslimin sedang dalam medan perang
Mu`tah, Rasulullah yang sedang berada di Madinah memberi tahu kepada sebahagian
para sahabat beliau apa yang terjadi di medan peperanga. Anas bin malik
meriwayatkan sebagai berikut:" Sesungguhnya Rasulullah saw memberitahu
kepada orang ramai tentang kematian zaid, Ja`far dan Abdullah bin Rawahah
sebelum ada seorangpun yang membawa khabar kematian mereka".Nabi berkata:"
Bendera dipegang oleh Zaid ia terbunuh. Selanjutnya bendera itu di pegang
oleh Ja`far sampai ia terbunuh. Setelah itu bendera di pegang oleh Abdullah
bin Rawahah sampai ia terbunuh. selanjutnya bendera itu dipegang
oleh salah seorang daripada pedang Allah (Khalid) sampai Allah memberikan
kemenangan".
Ja`far Digelar Oleh Nabi Dengan Thayyar Dzil Janaahaini
Nabi memberi keterangan tentang kematian ja`far.Katanya:"
Sesungguhnya Allah menggantikan kedua tangan Ja`far yang terputus dengan
kedua sayap yang dapat dipakai terbang dalam syurga kemana saja sesukanya."
Belas Kasih Nabi
Nabi berkata kepada isteri Ja`far bin Abi Talib:"
Bawalah kemari putera Ja`far". setelah putera Ja`far berada dihadapanya
beliau mencium putera Ja`far sambil kedua matanya basah oleh air matanya,
dan beliau memberitahu tentang kematian Ja`far sebagai syahid. Ketika orang
datang menyampaikan Khabar kematian Ja`far beliau berkata kepada keluarga
beliau saw:" Buatkan makanan untuk keluarga Ja`far telah datang kepada
mereka suatu musibah yang menyibukkan mereka".
Diwajah beliau kelihatan sedih sekali atas berita
kematian itu.
Mereka Adalah Pasukan Penyerang Bukan Pasukan
Pengecut
Ketika pasukan Islam mendekati kota Madinah Nabi
keluar untuk menyambut mereka.Nabi diikuti oleh kaum Muslimin dan anak-anak
kecil. Nabi keluar dengan seekor kaldainya bersama-sama kaum Muslimin.
Nabi memerintahkan agar anak-anak kecil dibawa menyambut pasukan Islam.
sedang putera Ja`far diminta oleh Nabi. Beliau mendukung putera Ja`far
serta membawanya untuk menyambut pasukan Islam. Ketika pasukan Islam itu
sampai, kaum Muslimin menyambutnya dengan melemparkan tanah kewajah-wajah
mereka sambil mengejek mereka" Hai pasukan yang pengecut! Kalian telah
lari drangkatan pasukan itu ari medan perang (fisabilillah). Nabi menjawab:"
Mereka itu bukanlah Pasukan pengecut tapi mereka adalah pasukan yang menyerang
insyaalah."
Antara Perang Mu`tah dengan Penaklukkan Kota Mekah
Antara perang Mu`tah dan penaklukkan kota Mekah
Nabi mengirimkan seangkatan pasukan ke Dzatul salasil. Pemberangkatan pasukan
itu tepat dibulan Jamadil akhir tahun kelapan hijriah. Dzatul salasil adalah
suatu daerah dekat lembah Wadil Qura pusatnya banu Qudh`ah daerah ini sempat
ditaklukkan oleh kaum Muslimin kemudian Nabi juga pernah mengirim seangkatan
pasukan Islam dibawah pimpinan Abu Ubaidah ibnu Jarrah. Pemberangkatan
pasukan itu pada bulan rejab tahun kelapan Hijriah. Jumlah pasukan yang
ikut ada tiga ratus orang yang tergabung dalamnya kaum Muhajirin dan Ansar.
Pasuakan Islam yang dibawah pimpinan Abu Ubaidah ibnu Jarrah itu dikirim
oleh Nabi keperkampungan Bani Juhainah dekat dengan persisiran laut. Ketika
ditengah perjalanan mereka ditimpa kelaparan. Sedangkan bekalan mereka
habis .Sehingga terpaksa pasukan Islam tersebut makan sejenis daun-daunan
(Alkabat). Kerana itu peperangan ini dikenali dalam sejarah dengan nama
Sariah Al Kabat. Ketika mereka berada ditepi pantai tiba-tiba seekor ikan
besar sejenis ikan Anbar terdampar ditepi laut. Mereka memakan daging ikan
itu selama lima belas hari, sehigga tubuh mereka menjadi kuat kembali.
Ketika Nabi mendengar cerita terdamparnya seekor ikan ditepi lautbeliau
berkata: "Itu adalah rezki Allah yang dikeluarkan untuk kamu."
Nabi juga memakan daging ikan itu sedikit.
|