|
|
PERANG KHAIBAR.
khaibar adalah suatu daerah yang subur yang dikelilingi oleh benteng-benteng kaum Yahudi. Benteng tersebut merupakan benteng terakhir di Jazirah Arabiah. Kaum Yahudi sentiasa mencari kesempatan baik untuk memukul kaum Muslimin. Kerana mereka masih terkesan dengan kejadian yang dialami oleh saudara mereka. Mereka berusaha bergabung dengan suku Ghaftan untuk mengadakan serangan terhadap kota Madinah. Sebenarnya Nabi ingin terlepas dari segala ancaman dan serangan kaum Yahudi yang masih tinggal disana. Khaibar berada disebelah Timur laut kota Madinah sejauh 70 mil. Tentera Islam dibawah Pimpinan Nabi saw
Ditengah perjalanan seorang sahabat yang bernama
Ibnul Aqwa' berpantun sebagaimana berikut:
Pada waktu itu Nabi keluar bersama 1000 orang
tenteranya. Mereka membawa 200 ekor kuda. Baginda tidak mengizinkan seorang
pun untuk ikut keluar kecuali hanya mereka yang pernah ikut dalam perjanjian
Hudaibiyah.
Tentera Islam berhenti disuatu tempat yang bernama Raji', suatu daerah antara tempat tinggal suku Ghaftan dan kaum Yahudi Khaibar. Tujuan kaum Muslimin berhenti ditempat tersebut ialah agar suku Ghaftan tidak dapat memberikan bantuan kepada kaum Yahudi Khaibar. Dengan taktik ini maka suku Ghaftan bukan sahaja tidak dapat meberikan bantuan kepada kaum Yahudi Khaibar bahkan mereka juga hanya tetap tinggal diperkampungan mereka tanpa dapat memberikan sebarang malumat kepada kaum Yahudi Khaibar. Ketika Nabi saw melihat Khaibar dari dekat baginda
berdoa kepada Allah dan memohon kebaikan Khaibar dan berlindung dari kejahatan
kota Khaibar dan penduduknya. Pada kebiasaannya Nabi tidak akan memulakan
peperangan melainkan apabila menjelang pagi, jika waktu itu waktu malam,
Nabitetap akan menunggu sehingga pagi. Apabila pagi menjelma, Nabi memecu
kudanya dan pasukan tentera kaum Muslimin bergerak maju ke Khaibar. Kedatangan
Nabi dan kaum Muslimin diketahui oleh penduduk kota Khaibaryang hendak
keluar keladang mereka, sambil berteriak mereka memekik "Muhammad datang
beserta tenteranya!".
Pemimpin yang Perkasa Ketika Nabi saw tiba di Khaibar, baginda berusaha
untuk menaklukkan beberapa benteng yang ada di Khaibar. Benteng yang pertama
kali ditaklukkan adalah benteng Na'im. Salah satu benteng yang sukar ditaklukkan
adalah benteng Al-Qumus. Kaum Muslimin melaporkan kepada Nabi, ketika itu
Ali bin Abi Thalib sedang sakit mata. Nabi berkata: "esok hari bendera
ini akan dipegang oleh seorang lelaki yang dicintai oleh Allah dan RasulNya.
Dan ia akan membuka benteng tersebut''.
Rasulullah akhirnya memanggil Ali bin Abi Thalib
yang sedang sakit mata, lalu meludahi kedua belah mata Ali sambil berdoa
semoga Ali itu segera sembuh seolah-olah mata Ali tidak pernah sakit. Kemudian
Nabi memberikan bendera itu kepadanya. Ketika Ali menerima bendera tersebut
ia bertanya kepada Nabi:
Ketika Ali tiba dibenteng Al-Qumus ia disambut oleh seorang kesatria Yahudi yang bernama Murahib. Keduanya saling berperang, dan Ali dapat mengalahkannya. Didalam peperangan ini juga Muhammad bin Maslamah banyak memperlihatkan sifat kepahlawanannya, dan ia banyak dapat menumpaskan musuhnya di medan perang Khaibar. Ketika dalam perjalan ke Khaibar juga, Pasukan
tentera musuh bertemu dengan seorang budak hitam berbangsa Ethopia yang
sedang mengembala kambing. Ketika ia melihat pasukan yang lengkap bersenjata,
lantas ia bertanya: "Kemanakah kalian" jawab mereka: "Kami ingin memerangi
seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Nabi". Jawapan dari mereka
itu telah menggerakkan hati untuk bertemu dengan Rasulullah saw. ia segera
pergi menemui Rasulullah dengan seluruh kambing pemeliharaannya. Setelah
bertemu, ia bertanya: "Apakah yang tuan ajakkan? apakah yang tuan serukan?"
Tanya budak itu lagi: "Apakah balasanku jika aku
beriman kepada Allah?'
Setelah kambing-kambing itu dilepaskan, maka kambing-kambing itu segera kembali kepada tuannya. Sejak itu tahulah tuannya iatu seorang Yahudi bahawa hambanya si budak hitam itu telah memeluk agama Islam. Kemudian Nabi berdiri dihadapan sekalian tentera Muslimin dan menyematkan kedalam hati-hati mereka akan marakan api semangat jihad dan berani untuk menghadapi musuh-musuh Allah, kerana semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan bercita-cita untuk memperolehi syurga dan segala kenikmatan yang telah dijanjikan. Apabila kedua pasukan saling bertempur, dan peperangan sengit bermula, ketika kelihatan debu-debu bertebangan di medan Khaibar, akhirnya budak hitam itu rebah syahid di medan Khaibar. Ketika jenazahnya dibawa kedalam khemah Nabi, baginda berkata kepada sahabatnya: "Sesungguhnya Allah telah memuliakan budak hitam ini dan mengiringinya kepada kebaikan. Aku lihat dikepalanya sedang berdiri dua orang bidadari. Sedangkan ia belum pernah bersujud (bersolat) walau sekalipun. Dalam peperangan ini kaum Muslimin berhasil memperolehi serta menakluki satu persatu benteng-benteng Yahudi. Mereka dikepung oleh kaum Muslimin selama beberapa hari sehingga akhirnya mereka mohon perlindungan dari Nabi dengan berkata: Hai Muhammada biarkanlah kami tetap tinggal di tempat ini (Khaibar) agar kami dapat memeliharanya (perkebunannya) kerana kami lebih tahu daripada kamu sekalian (kaum Muslimin). Sebenarnya Nabi dan kaum Muslimin tidak mempunyai pelayan (tukang kebun) yang dapat memelihara kebun. dan mereka pun tiada masa untuk mengatur perkebunan. Dan oleh kerana sebab inilah Nabi memberikan tanah Khaibar kepada kaum Yahudi dengan syarat mereka harus menyerahkan separuh daripada hasil perkebunan mereka, dan tidak menganggu kaum Muslimin. Untuk itu Nabi mengutus Abdullah bin Rawahah tinggal di Khaibar dengan persetujuan kaum Yahudi Khaibar dan memberikan pilihan kepada mereka akan tanah Khaibar sesuka mereka. Kerana inilah mereka kaum Yahudi berteriak:"Hanya dengan cara demikianlah langit dan bumi dapat ditegakkan. Rasa Toleransi Agama.
Sehubungan dengan kejadian diatas Dr Israel Velavonson memberikan komentarnya dalam bukunya "Sejarah Yahudi Di Jazirah Arabiyah" sebagai berikut: Kejadian diatas menunjukkan bahawa Nabi sangat menghormati terhadap lembaran-lembaran suci itu. Hal ini menyebabkan kaum Yahudi pun menunjukkan rasa hormat mereka terhadap baginda. Sebaliknya mereka tewreingat pada kelakuan kasar tentera Romawi ketika berjaya merebut kota suci Jurusalem pada tahun 70 masihi, yangmana mereka telah membakar kitab suci kaum yahudi dan mengijak-ngijaknya dengan kaki-kaki mereka. Bangsa Yahudi juga tidak dapat melupakan perlakuan kejam dan penindasan yang dilancarkan oleh kaum Nasrani Spanyol. Mereka ini juga telah membakar kitab suci kaum Yahudi. Sesungguhnya perlakuan mereka mat berlainan sekali dengan akhlak dan perlakuan yang telah Nabi tunjukkan terhadap mereka, ketika kaum Muslimin berjaya menakluki kota Khaibar. Kedatangan Ja'far bin Abi Thalib Dihari terjadinya peperangan Khaibar, Ja'far bin Abi Thalib datang dari Habsyah bersama kaum Muslimin yang pernah berhijrah ke Habsyah. Kedatangan Ja'far ini disambut dengan kegembiraan Rasulullah yang luar biasa. Ketika Nabi bertemu dengan Ja'far baginda mengucup dahi Ja'far seraya berkata: "Demi Allah sesungguhnya aku tidak tahu mana yang lebih menggembirakan aku, apakah kemenangan di Khaibar ataukah kedatangan Ja'far?" Dalam peperangan ini Nabi diracun oleh seorang
wanita Yahudi yang bernama Zainab binti Harest, isteri Sallam bin Misykam.
Pada suatu hari dia bertanya: "Dibahagian manakah daging yang paling mereka
senangi?"
Ketika Nabi hendak memakan daging yang telah dibubuh racun oleh wanita Yahudi itu, tiba-tiba daging itu memberitahu kepada baginda bahawa ia telah dibubuhi racun. DEngan segera Nabi melemparkan daging itu. Kemudian Nabi menghimpunkan seluruh orang Yahudi
Khaibar, dan baginda bertanya kepada mereka: "Apakah kalian mahu menjawab
jika aku bertanya?"
Ketika wanita itu ditanya apakah sebab yang mendorong
ia berbuat demikian?
Pengaruh Perang Khaibar.
Penaklukan Dan Pampasan Perang
Kemudian Nabi meneruskan perjalanan sehingga tiba di lembah Wadi Qura. Daereah ini terdiri dari beberapa desa yang dikuasai oleh kaum Yahudi, sepertimana Khaibar dan Thaima'. Akhirnya daerah ini dijadikan markas kaum Yahudi dan beberapa kabilah Arab. Nabi menyeru mereka kepada Islam dan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka. Namun ajakan dan seruan Nabi ditolak dan mereka bersedia untuk berperang. Akhirnya peperangan ini juga tercetus dan kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin. Keesokkan harinya kaum Yahudi terpaksa memberikan harta mereka sebagai rampasan perang kepada kaum Muslimin. Dan harta rampasan perang ini Nabi bahagi-bahagikan kepada para sahabatnya, manakala tanah dan pohon-pohon kurma yang ada di Wadil Qura ditinggalkan kepada kaum Yahudi untuk diusahakan dan tanah dan hasilnya akan dibahagi dua. Apabila kaum Yahudi Thaima' mendegar kekalahan kaum Yahudi Khaibar, Fadak dan Wadil Qura, maka mereka segera mengajukan usul damai kepada Nabi saw, dan baginda menerima usul damai itu tanpa mengganggu harta mereka sedikit pun. Kemudian Nabi pulang semula ke Madinah. Kaum Muhajirin Mengembalikan Harta Kaum Anshar Kaum Muhajirin mengembalikan harta benda kaum Anshar apabila setibanya mereka di Madinah. Mereka mengembalikannya kepada kaum Anshar kerana mereka mendapat harta rampasan perang termasuk hasil pohon kurma dari Khaibar. Setelah perang Khaibar ini, Rasulullah saw banyak
mengirimkan Sariyah (sejumlah tentera yang tidak dipimpininya). Baginda
menyerahkan pimpinan pasukan-pasukan itu kepada para sahabat yang terkemuka.
Adakalanya pasukan itu berhadapan dengan musuh dan adakalanya juga tidak
berperang.
|